Saturday 30 April 2016

ESP+ALFAFA:MILKBOOSTER

Assalamualaikum

Hai, malam ni saya nak share dengan anda-anda semua yang mana sebenarnya kan vitamin ALFAFA dan ESP boleh digabungkan menjadi milkbooster!







ESP dan Alfalfa Shaklee merupakan kombinasi terhebat sebagai milk booster. Set Shaklee nie telah banyak membantu ibu menyusu diluar sana.Ia dapat melancarkan perjalanan penyusuan ibu-ibu dan mampu mempercepatkan penghasilan susu. Selain daripada itu ia juga membantu memekatkan susu dengan menyeimbangkan dan meningkatkan kandungan hindmilk.

Ibu menyusukan anak juga sering terdedah kepada keletihan.jadi Esp dicipta khas sebagai pemangkin tenaga ibu dalam memberikan sumber makanan utama buat bayi . Alfafa pula memang terkenal sebagai penggalak susu. Kombinasi ESP dan Alfafa ini adalah pilihan bajet untuk mereka-mereka yang sedang mencari supplement milkbooster.


Berikut adalah testimoni  customer sy  yang da mencuba set penyusuan asas shaklee ni dan berjaya mendapaykan milkbooster!










Ini baru consume set asas sahaja. Bayang kan kalau consume set optimum! Banyak khasiat lagi boleh diperolehi. 

Untuk ibu-ibu di luar sana yang mencari-cari supplement untuk milkbooster boleh la dapatkan set penyusuan asas shaklee ni. Lepastu mesti jatuh cinta dengan vitamin-vitamin lain pulak. hihih

Berminat untuk dapatkan set milkbooster shaklee boleh hubungi saya:




Friday 29 April 2016

SHAKLEE GARLIC COMPLEX:BAWANG PUTIH MODEN?

Assalamualaikum.

wah.lame pulak rasenye tak update blog ni. hihi. Kali ni tuan blog berbesar hati nak cerita pasal vitamin shaklee yang berasaskan bawang putih! hah? bawang putih?

YES! GARLIC COMPLEX SHAKLEE!

Kalau kita ikut petua orang tua-tua dahulu sebenarnya kan bawang putih sangat bagus untuk kesihatan terutamanya bagi ibu yang berpantang selepas bersalin dapat membantu pengeluaran angin dalam badan serta dapat juga membanyakkan susu. Bukan tu je, bawang putih juga mengurangkan tekanan darah tinggi.








Kenapa kena pilih Garlic Shaklee berbanding yang lain?


Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Garlic Shaklee ada ditambah dengan 2 ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.Setiap 2 tablet Garlic Shaklee bekalkan 1000mg ekstrak Garlic tulen yang menyamai 2 ulas garlic segar.


Cara penghasilannya juga sangat eksklusif. Secara klinikal, ia diproses tanpa haba untuk kekalkan satu bahan hebat dalam Garlic iaitu Allicin aktif.Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.




Apa pula kegunaan Allicin yang ada pada Bawang Putih untuk tubuh badan manusia?


Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
Menormalkan keseimbangan lipoprotein
Menurunkan tekanan darah
Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
Berfungsi sebagai anti-oksidan
Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
Bantu rawat asthma


Kebaikan Garlic SHAKLEE 


  • Meningkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung  ~Garlic Shaklee ada dicampur sejenis herba namanya Spearmint. Fungsi Spearmint adalah untuk tingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung serta menjaga keseimbangan tekanan darah dalam tubuh badan.
  • Antibiotik yang Selamat dan Semulajadi~Selalunya bila sakit jumpa doktor nanti kita akan dapat antibiotik untuk bunuh bakteria. Antibiotik yang doktor bagi bagus, tapi kalau kita asyik selalu ambil, kesannya sangat tidak baik. Kita boleh terkena kerintangan antibiotik di mana bakteria dah imun dengan antibiotik.Garlic pula antibiotik semulajadi. Kita tak risau nak makan Garlic sebab selamat untuk kegunaan jangka masa panjang.Ia boleh tingkatkan sistem imun badan, halang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Membantu atasi masalah alergi~Garlic Shaklee boleh tingkatkan sistem imun badan dari penyakit seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.
  • Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman~Ia juga boleh kurangkan masalah kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.
  • Menstabilkan tekanan darah tinggi~Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  • Menurunkan kolestrol~Kolestrol sangat bahaya. Bila bacaannya sangat tinggi, kita boleh kena strok atau sakit jantung.Garlic boleh turunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan bekuan darah. Selain itu, ia boleh tingkatkan HDL, lindungi jantung dan halang strok dan penyakit koronari
  • Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan~Kerongkong & Telinga (throat & ear infection) ,Perut memulas (stomach upset), Cirit-birit (Diarrhea),Bronkitis,Luka-luka (infected wounds),Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing





Siapa la sanggup nak makan bawang putih mentah-mentah lagi kalau dah ada penyelesaian yang lebih mudah kan. shaklee garlic di datangkan khas berbentuk kapsul.Kirenya bawang putih versi moden la.hihi. hanya telan dengan air.cukup.hehe


sekiranya anda berminat untuk dapatkan vitamin shaklee boleh hubungi saya di


Thursday 28 April 2016

ALFAFA SHAKLEE: Khasiat dan kebaikan

Assalamualaikum..

Pernahkan anda mendengar tumbuhan bernama ALFAFA???






ALFAFA merupakan sejenis tumbuhan herba.Antara tumbuhan herba yang popular dinegara kita ialah misai kuching, kacip fatimah, tongkat ali, ginseng dan sebagainya.. Bagaimana pula dengan tumbuhan herba alfalfa? tak ramai diantara kita yang mengenali tumbuhan herba alfalfa sedangkan alfalfa telah lama wujud lebih dari 2500 tahun dahulu..Mungkin sebab tumbuhan ini tidak di tanam di Malaysia kot..Tapi khasiat alfalfa dikatakan dapat memperbaiki dan menjaga tahap kesihatan.

Alfalfa adalah sejenis tumbuhan yang dikatakan sebagai pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya mengunjur sedalam 6 meter ke bawah tanah mampu menyerap pelbagai zat & mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya pula mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosontesis semula jadi.


Alfalfa shaklee  kaya dengan vitamin, mineral dan nutrien lain yang memainkan peranan penting dalam kekuatan dan pertumbuhan tulang kita dan dalam penyelenggaraan badan yang sihat.

Ia mengandungi protein dan vitamin A, vitamin B1, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, dan vitamin K. Ia juga mengandungi kalsium, kalium, karotena, besi, dan zink.



KHASIAT ALFAFA SHAKLEE YANG PERLU ANDA TAHU:)

  • Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
  • Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas. 
  • Membantu membuang angin dalam badan. 
  • Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan. 
  • Melegakan sakit sendi dan belakang 
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
  • Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ 
  • Memberi kelegaan semasa haid 
  • Merawat arthitis 
  • Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema 
  • Mencuci usus bagi membuang toksik 
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang 
  • Meneutralkan asid dalam badan 
  • Merawat masalah keputihan pada wanita 
  • Membesar dan menegangkan payudara serta punggung
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri 
  • Memulihkan urat selepas bersalin 
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  • Meningkatkan stamina seorang suami 
  • Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau)
  • Mengatasi masalah keguguran rambut dan botak jika diamalkan tiap2 hari 



Namun siapa tahu, dalam kebaikkan Alfafa ini ada pesakit yang tidak boleh mengambil Alfafa sebagai makanan tambahan. Siapa mereka? Mereka-mereka adalah;

1. Pesakit SLE-Jika mempunyai penyakit SLE, alfalfa boleh menyebabkan masalah bertambah teruk
2. pesakit yang mengidap kanser-Oleh kerana alfalfa mengandungi sedikit kandungan estrogen maka pesakit yang mengidap kanser seperti kanser payu dara, kanser ovari serta fiborids tidak digalakkan untuk ambil walaupun alfalfa membantu dalam melawan sel kanser
3. Wanita Hamil-alfalfa yang boleh merangsang pengecutan rahim.
4. Mereka yang mengambil ubat mencairkan darah (Warfarin)-kandungan vitamin K didalam alfalfa sangat tinggi yang membantu di dalam memekatkan darah.Jika diambil bersama dikhuatiri akan menyebabkan ubat warfarin tidak berkesan.


Tahukah anda bahawa Alfalfa bersifat klorofilnya yang anti-bakteria. Som bila kita mengambil alfalfa, bakteria punca bau akan dapat dihapuskan.Berminat untuk cuba vitamin alfafa shaklee boleh hubungi saya di



COD PASIR GUDANG&KOTA TINGGI/ POSTAGE SELURUH MALAYSIA



Wednesday 27 April 2016

GLA COMPLEX SHAKLEE: Siapa dan kenapa perlukan nya?

Assalamualaikum.


EPO (Evening Primerose Oil) tentunya dah sangat sinonim dengan wanita. EPO ini sangat baik untuk hormon dan juga kulit. Shaklee tidak mengeluarkan supplemen dengan nama EPO tetapi sesuatu yang lebih baik iaitu GLA complex.Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.Kajian ahli saintis Jerman pada kurun ke 20 mendapati bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak dan ianya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.






GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repairdan buat skin glowing.



Siapa yang perlukan GLA Complex Shaklee 
  • Wanita yang menghadapi PMS
  • Mereka yang menghadapi kencing manis
  • Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
  • pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
  • Mereka yang menghidap diabetes
  • Period yang tidak teratur
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit







Setiap kapsul GLA Complex mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6. Ia digabung dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Bioavailabilitinya telah dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap kedalam sel dan tisu manusia dengan baik.


Kebaikan Shaklee GLA Complex;

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf

Banyak kebaikan yang boleh didapati daripada GLA SHAKLEE. Jadikan GLA sahabat baik anda:)

Berminat untuk dapatkan GLA Shaklee?


COD PASIR GUDANG&KOTA TINGGI/ POSTAGE SELURUH MALAYSIA


ESP SHAKLEE BOLEH LAWAN KANSER?

Assalamualaikum.

Hai. tajuk hot hari ni lah! KANSER? ya! KANSER adalah satu-satunya penyakit yang paling ditakuti sebab masih belum ditemui lagi ubatnya. Cuma dengan rawatan sahaja mampu mengurangkan tahap kesakitan yang di alami oleh pesakit kanser.

Apakah Kanser?


  • Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang.Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.
  • Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.
  • Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
  • Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop


Terdapat banyak cara yang boleh anda gunakan untuk melawan kanser. Salah satu ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari kanser. Satu lagi adalah menggunakan supplement with antioxidants yang dapat melawan sel kanser yang menyerang dalam badan anda.








Bagaimana ESP dikatakan mampu untuk MENCEGAH KANSER??



ESP mengandungi kandungan protein yang lengkap dan ISOFLAVONE mencukupi di mana isoflavone adalah bahan semulajadi yang diperlukan untuk MELAWAN KANSER..Kandungan GENISTEIN dan DAIDZEIN dalam isoflavone inilah yang akan merencatkan sel kanser daripada merebak...




GENISTEIN
  • Berfungsi untuk halang pertumbuhan salur darah baru ke sel kanser. Jadi, sel kanser yg sedia ada dlm badan kita akan terbantut nak membesar sebab tak cukup nutrient yg disalurkan kepadanya.
  • Boleh mengurangkan risiko breast kanser dan prostat.
  • Mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
  • Memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser.

DAIDZEIN
  • Halang hormon penggalak / pertumbuhan sel kanser dari sampai ke sel kanser.
  • Bekerjasama dgn GENISTEIN untuk halang (block) enzim yang menyebabkan pertumbuhan tumor.
  • Bermanfaat kpd wanita dalam mengawal kesan “potent estrogens” yg boleh merangsang pertumbuhan sel kanser payudara.



Fuh! rasa seramsejuk pulak bila baca pasal kanser ni. Rupanya badan kita ni memang dah ada sel kanser,cuma aktif dengan tak aktif je okay! Lagi menakutkan kandungan pemakanan kita setiap hari yang kita hampir 90% bersifat asid dan mempunyai kandungan aditif yang tinggi seperti pewarna dan perasa tiruan, pemanis buatan, pengawet dan pelbagai lagi campuran bahan kimia yang merbahaya.

Dengan pengambilan supplement ESP SHAKLEE sebenarnya dapat membantu mencegah kanser selain vitamin2 antioksidan seperti Vitamin A (carotomax), Vitamin C dan Vitamin E.Tapi bukan bermakna dah minum ESP,tak perlu lagi jaga pemakanan yang lain. kene amalkan gaya pemakan yang sihat ye kawan-kawan:) ya, bukan untuk cegah kanser jer tapi untuk mengekalkan kesihatan di tahap yg optimum. Bersenam sebanyak 2x seminggu, makan mengikut piramid makanan, minum air secukupnya.InsyaAllah boleh membantu dalam pencegahan kanser.

Berminat untuk dapatkan SHAKLEE? Hubungi saya:


Monday 25 April 2016

Vitamin E tak lengkap tanpa SELENIUM??

Assalamualaikum

SELENIUM??APA KAH  SELENIUM?

Selenium merupakan salah satu mineral yang tergolong pada unsur surih tetapi mineral ini terdapat dimana-mana di seluruh jaringan tubuh seperti tulang, otot, dan darah.


Ia merupakan mineral yang sangat penting yang sangat-sangat diperlukan oleh tubuh dan berfungsi sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas.Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang sifatnya sangat tidak stabil, memiliki satu electron atau lebih yang tidak berpasangan, menimbulkan penyakit jantung, rematik, katarak, kanser dan lain-lain. Radikal bebas secara terus menerus terbentuk melalui proses dari dalam tubuh contohnya peradangan, kekurangan gizi dan juga dari luar tubuh badan seperti pencemaran , sinar matahari, asap rokok, dan sebagainya.

Selenium juga merupakan mineral yang berfungsi sebagai antioksidan dalam tubuh. Selenium tidak dihasilkan sendiri oleh tubuh, tetapi diperoleh dari pemakanan seharian kita seperti ikan, daging, dan sayur.Tapi kan belum tentu lagi khasiat selenium yang terdapat dalam pemakanan  seharian kita itu cukup atau berkurangan sebab semua makanan harian kita mestilah dimasak terlebih dahulu. Bila dah masak maka akan terdedah lah kepada suhu yang tinggi dimana khasiat2 yang terdapat dalam makanan tersebut akan berkurangan atau pun tiada langsung!






langkah cepat tepat adalah dengan dengan pengambilan Vitamin E yang mencukupi. semestinya VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE!


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. TAPIII.....JAGAN RISAU! Sebab VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE dah lengkap dengan SELENIUM semulajadi ye..


Vitamin E Shaklee dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d- alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E( alpha, beta, delta, gamma)




VITAMIN E bertindak sebagai:

  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi



Dapatkan Vitamin E shaklee anda harini. 



Cod kawasan pasir gudang&kota tinggi.postage seluruh malaysia!

Pentingnya Vitamin C untuk Ibu Hamil!

Assalamualaikum.


Tahu tak sebenarnya vitamin C sangat2 penting untuk ibu hamil? ok.untuk post kali ni sy nak share dengan pembaca2 yang especially dah pregnant tu betapa pentingnya Vitamin C untuk diri mereka dan juga janin!

ishhhh! seramnye la haaaiii bile tengok kesan kekurangan vitamin C especially utk ibu-ibu mengandung. Bila ibu tak sihat boleh bagi kesan pada bayi dalam kandungan tau. yang jadi ibu ni mestilah nak yang terbaik untuk anak kan. nak la dia lahir sihat, membesar dengan sempurna.

sebabtu dari awal kene dapatkan vitamin yang cukup, yang cukup! untuk sape? untuk baby jugak kan?

pilihan terbaik untuk dapatkan khasiat vitamin C yang mencukup adalah SUSTAINED RELEASE VIT-C PLUS SHAKLEE . 100% SEMULAJADI, TIADA PENGAWET DAN TIADA PEWARNA.


Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.



Vitamin C Shaklee mengandungi BIOFLAVANOID... Secara UMUMNYA,Bioflavonoid bekerja efektif bersama vitamin C dan membantu vitamin C tersebut dalam menjalankan fungsinya dengan BAIK... So, takde lah membazir vitamin C yang kita makan tu kerana dapat DISERAP SEPENUHNYA KE DALAM TUBUH BADAN...

BAGAIMANA VITAMIN C SHAKLEE BANTU IBU HAMIL?
  • Membantu penyerapan zat besi yang lebih baik
  • Membantu ibu hamil yang selsema dan demam pulih lebih cepat
  • Membantu ibu hamil memelihara kecantikan kulit sepanjang kehamilan
  • Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan ibu hamil
  • Membantu membina kolagen semulajadi(Pengambilan konsisten membantu mengurangkan kesan stretchmark ketika hamil)
  • Untuk memperbaiki simptom pendarahan dan pemulihan luka
  • Menghapuskan radikal bebas yang menyerang sel (Penyebab jeragat dan pigmentasi ketika hamil)

Bukan vitamin c sahaja yang diperlukan ibu hamil.Ibu hamil juga memerlukan nutrisi tambahan yang lain seperti asid folik, zat besi, kalsium dan protein yang cukup untuk membantu mengekalkan kesihatan mereka sepanjang kehamilan. Nanti saya share full set vitamin yang sepatutnye di ambil oleh ibu mengandung sepanjang kehamilan mereka.

Berminat untuk dapatkan vitamin C shaklee boleh hubungi saya


Sunday 24 April 2016

KULIT CANTIK DAN SIHAT BERSAMA SHAKLEE: VITAMIN C+VITAMIN E

Assalamualaikum.

Anda wanita?perempuan? Kalau dah nama nya perempuan mesti tak lari dari istilah 'CANTIK'. Cantik dari segi budi bahasa, tingkahlaku dan akhlak. Tapi dari segi luarannya mestilah wanita damba kan kulit yang cantik. Bukan cantik sahaja, malah sihat juga. kan?

ok. Kali ni saya nak share bagaimana kita nak jaga kecantikan kulit secara dalaman melalui pemakanan supplement shaklee. ya! kalau dok calit macam2 jenis cream (luaran) sahaja tak guna jugak, dari dalaman pun kene jaga juga ye kawan-kawan

Macamana tu ye?







VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE VS SUSTAINES RELEASE VIT-C PLUS

Kedua-dua vitamin ini adalah antioksidan yang membantu melindungi badan dan kulit dari radikal bebas. Ramai yang pada mulanya tak percaya betul ke gabungan vitamin E dan vitamin C memberi impak yang bagus untuk kulit.




BAGAIMANA VITAMIN E BAIK UNTUK KULIT?

  • Mengekalkan kelembapan kulit~pengambilan supplement mengandungi vitamin E dapat mencegah dehidrasi kulit. 
  • Mencegah penuaan kulit~Vitamin E ialah sejenis antioksidan. vitamin E melawan radikal bebas dan membuang toksin dalam tubuh. Antioksidan adalah agen yang meneutralkan kesan oksidan radikal bebas, iaitu molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering, bergaris halus dan berkedut.Vitamin E merupakan agen anti-penuaan di mana mampu mengurangkan parut, kedut, garis halus dan memulihkan tekstur kulit.pengambilan supplement dalam 400 milligram (400 IU) vitamin E setiap hari pula akan memperbaiki tekstur kulit anda, dan elakkan daripada dimusnahkan oleh pancaran matahari
  • Mencegah kulit yang terbakar (sunburn)~Vitamin E ni bersifat sejuk dan sangat berkesan menghalang rasa terbakar. sapukan pada kulit sebelum terkena pancaran matahari bagi melihat kesannya secara positif.
  • Mencegah barah kulit~Vita- E merupakan satu antioksida dan juga kerana ia dapat melindungi kulit daripada panahan pancaran matahari, gabungan kedua-dua ini sangat bagus dalam melindungi tubuh daripada kanser kulit ataupun masalah kulit yang teruk.

BAGAIMANA VITAMIN C BAIK UNTUK KULIT?

  • kunci kepada pengeluaran kolagen - Vitamin C merangsang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu,gusi, rangka dan tulang rawan. Sekiranya kekurangan vitamin C kawasan ini akan cepat hilang elastik yang menyebabkan proses penuaan.
  • Mencerahkan kulit - Kulit akan lebih cerah dan kurang berlaku masalah kulit kering dengan pengambilan vitamin C secara berterusan.
  • Membantu meningkatkan kesan pemulihan - membantu dalam penghasilan kulit baru, alergi dan memudarkan parut.ia bertindak membantu kulit pulihkan kecederaannya sendiri
  • Memperbaiki Simpton pendarahan - Kekurangan vitamin C menyebabkan masalah gusi berdarah, kulit kasar, kulit ruam dan kulit kering.
  • menyekat pembentukan pigmen yang menjadi punca utama jeragat




Nak cantik? Nak sihat? SHAKLEE ADA SEMUAANYA


Pm me for order. COD PASIR GUDANG DAN KOTA TINGGI.POSTAGE SELURUH MALAYSIA



SHAKLEE: KHASIAT VITAMIN E COMPLEX

Assalamualaikum.

Jom kita berkenalan dengan VITAMIN E!

Vitamin E merupakan sejenis antioksida yang larut dalam lemak.Juga sebagai antioksidan yang melindungi tisu badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh bahan-bahan yang dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel, tisu, dan organ-organ.Tahukah anda Vitamin E bekerja secara sinergi dengan Selenium yang juga dikategorikan sebagai antioksidan. Pengambilan hanya sebiji sehari sahaja, cukup untuk melengkapkan keperluan vitamin E dan selenium di dalam tubuh badan.





KENAPA VITAMIN E PENTING UNTUK TUBUH BADAN KITA?



  • Dapat melindungi kita dari kanser, penyakit jantung, strok, katarak dan juga penuaan kulit kerana ianya adalah sumber antioksidan.
  • Menjadi pengawal kepada dinding arteri.
  • Menjaga kolesterol jahat "Bad Density Lipoprotein (LDL) daripada teroksida. Jika LDL ni teroksida, akan menyebabkan aarteri tersumbat dan boleh menyebabkan berlakunya serangan jantung.
  • Menjaga sel dan DNA daripada rosak yang mana kerosakan ini boleh mengundang kepada kanser. 
  • Mengurangkan dan mengawal simptom menopause.




APA ITU VITA-E COMPLEX SHAKLEE?




Vita-E Complex Shaklee merupakan salah satu herbal terbaik dari Shaklee menyempurnakan manfaat vitamin E. Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah kerana ia merupakan vitamin E terlengkap di dalam pasaran ketika ini yang dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E.

Vita-E Complex Shaklee mengandungi tambahan Selenium semulajadi dan ekstrak biji anggur untuk meningkatkan penyerapan vitamin E ke dalam tubuh. Jadi Vita-E Complex Shaklee bukan sekadar suplemen vitamin E tetapi juga membantu mempercepat penyerapannya ke dalam tubuh kita sehingga memberikan hasil lebih cepat dan lebih maksima.






APA KANDUNGAN VITA-E COMPLEX SHAKLEE?


  1. Minyak kacang soya
  2. Minyak biji gandum( yang kaya dengan Vitamin E)
  3. 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
  4. Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi untuk membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih baik.
  5. Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yang kaya dengan antioksidan






APA KEBAIKAN YANG SEKIRANYA MENGAMBIL VITA-E COMPLEX SHAKLEE?

  • Melambatkan penuaan: Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya
  • Mencantikan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Kulit semakin halus, gebu dan licin
  • Mengurangkan jeragat, parut & jerawat
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda
  • Membantu mengurangkan kesan regangan atau stretchmark akibat kehamilan dan kegemukan lalu.
  • Parut strecth mark menjadi semakin pudar.
  • Mencegah penyakit katarak
  • Mencegah penyakit jantung
  • Melindungi struktur membran daripada rosak
  • Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Membantu memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
  • Mengurangkan parut(boleh disapu pada tempat parut)
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
  • Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
  • Meningkatkan pengeluaran air mani
  • Menguatkan dinding kapilari
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Membantu mengekalkan kecergasan dan meningkatkan prestasi atlit
  • Kulit dan rambut menjadi sihat
  • Mencegah anemia
  • Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
  • Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer atau nyanyuk Membantu menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
  • Membantu kesuburan(termasuk dalam set kesuburan Shaklee) dan mengelakkan keguguran
  • Merapatkan hubungan suami isteri.
  • Meningkatkan keinginan seksual suami isteri (Vitamin Cinta)
  • Meningkatkan orgasma yang lebih kerap dan semangat
  • Membantu kawasan gelap areola itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. 
  • Membantu mencegah "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  • Meningkatkan kesuburan
  • Menyelesaikan masalah kelesuan
  • Membantu mencegah kanser.



SIAPA YANG PERLUKAN VITA-E COMPLEX SHAKLEE?


IBU BERSALIN-Untuk ibu yang mengalami stretchmark selepas bersalin atau turun berat badan.

MEREKA YANG INGIN HAMIL-Sesuai bagi ibu yang sering mengalami keguguran untuk persediaan sebelum hamil seterusnya.

ATLIT/AKTIF BERSUKAN-Untuk para atlit yang ingin mantain tenaga mereka sewaktu bersukan.

PESAKIT ALZHEIMER- mereka juga dicadangkan mengambil vitamin E untuk memperlahankan simptom yang dialami pesakit.

MEREKA YANG INGIN KULIT CANTIK-
Untuk mereka yang mempunyai parut jerawat atau parut kecederaan dan mereka yang ingin mencantikkan kulit

SUAMI- Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), ereksi lebih lama, lebih mudah terangsang, libido yang kuat, orgasma yang lebih kerap dan bersemangat, meningkatkan pengeluaran air mani dan jumlah sperma lelaki. Sebab itu ia dicadangkan untuk kesuburan lelaki.


ISTERI- Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), lebih mudah terangsang, libido lebih kuat, menstabilkan hormon 'cinta' dan kewanitaan, terutama bg ibu menyusu yang mempunyai hormon prolaktin lebih tinggi (Hormon prolaktin tinggi boleh menyebabkan keinginan seksual agak kurang)


JOM penuhi keperluan VIT E untuk tubuh badan anda!

Berminat untuk dapatkan vit E shaklee. Boleh order dengan saya;)



SHAKLEE:Sustained Release Vitamin-C Plus| Kenapa "Sustained Release"?

Assalamualaikum

Vitamin C adalah vitamin yang paling ramai org suka. Dalamkeluarga Shaklee Vitamin C Shaklee dinamakan Sustained Release Vitamin-C Plus. Kenapa ianya dinamakan sustained release?




Vitamin C bersifat vitamin larut air.Sustained released bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini  akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing.Dengan kaedah formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.Sustained Release Vita-C merupakan vita-C semulajadi pertama didunia yang bertindak secara "Sustained Release" dimana pelepasan vitamin C secara perlahan-lahan dan berterusan setiap 5 jam dalam tempoh 24 jam.Setiap 5 jam sebanyak 100mg daripada 1 bij tablet (mengandungi 500mg Vitamin C) yang bersamaan 7 1/2 biji oren dilepaskan ke dalam badan.


Kenapa Vitamin C sangat-sangat diperlukan untuk tubuh badan kita?
  • Tubuh kita tidak BOLEH menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
  • Tubuh kita akan KEHILANGAN vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.
  • Vitamin C dalam badan akan BERKURANGAN apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
Satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.




Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Sebenarnya kan dengan memakan  7 1/2 biji oren je dah cukup untuk mendapatkan 500mg vitamin C setiap hari. Tapi yakinkah anda bahawa kadar nutrien didalam buah oren atau syaur-sayuran lain yang mengandungi vitamin C itu tidak berkurang? Tahukah anda bahawa kandungan mineral dalam tanah menyebabkan sayuran dan buah-buah kehilangan sebilangan peratusan zat dan nutrien?






Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu memberikan kesan positif kepada badan kita,

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C 
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan 
  • Mencerahkan kulit.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi 
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi . 
  • Membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress) memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang
  • sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
  • Mengatasi masalah gusi berdarah.
Banyak kan kebaikan Sustained Release Vita-C Shaklee ni? Jom sihat kan badan anda sebelum terlambat. 1 botol boleh bertahan sehingga 3 bulan. jimat kan?

Berminat untuk dapatkan Vitamin C shaklee???




ESP SHAKLEE: Multipurpose Vitamin!

Assalamualaikum

Hari ini saya nak share tentang satu-satunya produk yang paling femes amous dalam banyak produk naungan Shaklee. Kenapa ya? Sebab produk ini adalah satu-satunya main vitamin yang sering di ambil oleh pengguna-pengguna shaklee kerana telah terbukti keberkesanannya!

Ianya tak lain tak bukan ialah ESP SHAKLEE!






Apa itu ESP??

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi dimana soya yang digunakan dalam ESP ini diproses dengan suhu yang rendah bagi menjaga kualiti protien yang terkandung di  dalam kacang soya. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya.

ESP Shaklee merupakan protein yang sangat tinggi dan semulajadi (bukan protein tiruan- Non-GMO) serta rendah lemak.Ia mengandungi kesemua 22 asid amino yang penting untuk tubuh badan dan ESP merupakan satu-satunya produk dipasaran yang memberi jaminan mengandungi 9 asid amino yang paling penting untuk badan dan tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan secara sendirinya.

Protein di dalam kacang soya ini adalah dua kali lebih banyak daripada daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemah, tidak mengandungi kolestrol, tiada asid urik dan mudah untuk diserap oleh badan.




Siapa yang perlukan ESP?

1. Ibu mengandung – ESP Shaklee adalah makanan nutrisi terbaik buat ibu mengandung kerana ianya dapat membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik

2. Ibu yang menyusu – Protein ESP adalah salah satu sumber susu ibu. Ia mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat

3. Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna.

4. Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas - berfungsi sebagai penambah tenaga/energy booster 

5.Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

6. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka – untuk mencegah dari penyakit.Selain itu Esp dapat membantu mengekalkan kecantikan kulit secara dalaman dalam jangka masa panjang

7.Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.





Apa kebaikan ESP SHAKLEE??


Memberi tenaga segera dan berpanjangan – ESP Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imunisasi badan. Ia dapat memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Tampak Kekal Muda-Asid Amino dalam ESP membantu membina sel otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein badan, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan keremanjaan kulit.

Membantu Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki – genistein dalam kacang soya berupaya untuk menghalang pertumbuhan kanser dan mencegah sel kanser tersebut daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia bermutasi menjadi sel-sel kanser. Oleh itu, fungsi prostat & keupayaan seksual lelaki terpelihara.

Mencantikkan & menganjalkan kulit – ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan kulit, bertindak sebagai agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit, mengembalikan kelembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.

Membantu mengurangkan berat badan-Protein yang terdapat dalam ESP yang diambilpada setiap bagi dapat memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.


ESP adalah sumber protein paling berkualiti-5% daripada tubuh badan kita dibina daripada PROTEIN.Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya adalah berasal daripada protein.Tahukah anda bahawa PROTEIN adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia? Bagaimana? Struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan manusia terdiri daripada SEL. Sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Kemudian,tisu-tisu ini akan membentuk organ dan organ-organ ini akan membentuk sistem. Sebab tu badan kita sangat-sangat memerlukan PROTEIN kerana Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.



MACAMANA NAK MINUM???

ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti susu, milo atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi. Selain dibancuh esp juga boleh dijadikan masker dengan membancuh 1 sudu ESP + 2 sudu yogurt. kacau dan tepek pada muka.


senang kan?

Sebabtu ESP adalah vitamin paling special dalam keluarga shaklee sebabtu ia digelar multipurpose vitamin! kebanyakan combo2 set shaklee pun mesti ade ESP sebab ESP mempercepatkan proses vitamin menyerap dengan lebih cepat dan berkesan.

kepada mereka yg berminat utk dapatkan ESP, boleh hubungi saya ye:)



Saya SID yang anda cari!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Ini adalah hari pertama blog super health vitamin diwujudkan khas untuk memberi info-info tentang kebaikan vitamin shaklee.


.

Anda pernah dengar tentang SHAKLEE?

Shaklee adalah produk makanan tambahan.Ia nya bukan sejenis ubat ye. Shaklee adalah vitamin semulajadi dimana kandungan vitamin keluaran Shakleetidak mengandungi  pewarna, pengawet dan juga bahan kimia yang merbahaya.
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi Shaklee  ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Shaklee membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang Shaklee keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Saya dlu bukan la penggemar vitamin dan supplement tapi sejak dah masuk level2 bini org ni rasenye dah kene take action seawal mungkin. Alhamdulillah, dlu saya  cuma pengguna sahaja. kali ni bila dah rasa kebaikan SHAKLEE apa salahnya kita berkongsi tentang kebaikan vitamin ini kepada semua orang, kan?


Beberapa senarai TIDAK untuk SHAKLEE adalah:


  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang


Disebabkan TIDAK di atas la Shaklee terkenal dengan keberkesanan nya sebagai makanan tambahan terbaik di dunia. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui pelbagai jenis produk shaklee boleh terus whatsup/sms saya di talian 0137456113

Bagi mereka yang tinggal di kawasan Pasir Gudang, Masai dan juga sekitar Kota Tinggi-Pengerang boleh cash on delivery produk-produk vitamin Shaklee dengan saya.

Nama saya Lisa. Saya penjual vitamin Shaklee. Saya la SID yang anda cari.:)



 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg