Saturday 14 May 2016

Lecithin Shaklee: Fungsi dan Khasiat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.








Harini kita buat kajian tentang Lecithin Shaklee.Lecithin diestrak dari kacang soya organik bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.


FUNGSI UTAMA LECITHIN

Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.
lecithin adalah merupakan komponen utama membran sel dan membantu dalam mengawal aliran nutrien dalam sel-sel tubuh kerana soya lecithin mengandungi sumber utama kolina.





KOLINA?Penting ke???

Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.





KELEBIHAN LAIN LECITHIN


  • Melindungi hati 
Lecithin boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.

  • Memecahkan lemak dan kolestrol 
Lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh.

  • Melangsingkan badan 
Jika ambil Lecithin dalam kuantiti yang betul maka makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku. Lepas tu jadilah langsing tanpa penyakit kerana ianya seimbang dengan tubuh badan kita.

  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress 
Kolina yang dinyatakan tadi akan berfungsi untuk agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.

  • Mencantikkan otot dan kulit
Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

  • Memperbaiki alergi 
Lecithin boleh menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin parah dermatitis.

  • Menghalang tekanan darah tinggi 
Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat.
Mengatasi masalah prostat lelaki 

  • Meringankan sembelit 
Melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

  • Menghalang kejadian batu karang 
Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang.


Betapa banyak rupanya kelebihan lecithin selain dari vitamin diet dan kawalan berat badan sahaja. Macam-macam boleh kan. Sekiranya anda berminat untuk dapatkan vitamin lecithin berserta cara pemakanan vitamin Lcithin yang sebetulnya boleh hubungi saya untuk tempahan dan makluman lanjut.





No comments:

Post a Comment

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg