Monday, 2 May 2016

OSTEMATRIX SHAKLEE: Bukan sekadar Kalsium

Assalamualaikum.

Siapa sini tak suka minum susu?

Saya akui memang dari kecil azali lagi memang saya tak suka minum susu. teringat lagi mak pernah cerita umur saya dalam 6 bulan ke 7 bulan  nak bf kan  tapi saya tolak mentah-mentah.kepala kiri ke kanan.haha. Bila mengadu kat nurse, nurse boleh cakap "elokla tu,takyah bf lagi".rupa-rupanya bukan susu badan je saya tak selera, susu-susu lain pun saya tak layan. smpai la ke besar ni memang tak pernah ada hati nak minum susu.huhuhu

Patutlah bila kat sekolah dulu kan saya selalu dapat tempat paling depan bila beratur kat perhimpunan sebab tumbesaran terbantut kot! haha.kalau aktiviti kawad plak mesti dpat paling kiri sekali sebab kiri untuk mereka yg rendah-rendah comel jek. haha.Masa muda-mudi remaja ni mula la bila gosok gigi setiap pagi pula mesti gusi berdarah.Kadang-kadang berdarah,kadang-kadang ok pulak. sebabtu la saya masih tak hairan lagi pasal kepentingan kalsium.





Bila dah bekerja dan bersuami ni baru la rasa penatnya macam mana. balik kerja sakit2 badan la,sakit kaki la. ketika itu la hati mula sedar, aku ni kurang kalsium gamaknya. dan masa inila saya berkenalan dengan OSTEMATRIX SHAKLEE!

Panjang mukadimah hariini ye. haha.Oleh itu, Jom kita berkenalan dengan OSTEMATRIX utk entry kali ini:)


Ostematrix membekalkan

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium





Bagaimana Kalsium Ostematrix dapat membekalkan tulang yang sihat?


  • Vitamin D 
Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. 

  • Magnesium 
Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

  • Zink, boron, manganese dan kuprum 
Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis



KHASIAT OSTEMATRIX SHAKLEE

  • Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.Sebabtu bila makan ostematrix secara tak langsung gusi pun boleh sihat sebab kalsium dapat menguatkan gigi.
  • Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas -Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.Sebabtu kena makan ostematrix sebelum tidur bagi khasiat kalsium tu proses cepat-cepat sepanjang kita berehat.hasilnya bangun pagi dengan cergas dan bermaya:)
  • Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.


Siapa yang patut mengambil Ostematrix Shaklee?



  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Wanita yang sudah mencapai usia 30 tahun keatas (jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 dan mengurang selepas itu ya)
  • Mereka yang kurang mengambil pemakanan yang sihat untuk kesihatan tulang contohnya mereka yang malas mengambil susu
  • Warga tua
  • Mereka yang merokok, minum alkohol atau penggemar minuman ringan. Kesemua ini mengganggu penyerapan kalsium yang diambil dari pemakanan harian
  • Pesakit sakit belakang, gigi rapuh dan tulang reput
  • Wanita yang mengalami PMS (Pre-menstrual Syndrome)

Anda tergolong dalam golongan di atas? jangan tungu lama. sayangi tulang anda.nak pakai lame  kan.dapatkan ostematrix dengan SEGERA!


No comments:

Post a Comment

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg